Skip to main content

Foto Dan Video Aksi Melampau Mirip Artis Tular

KUALA LUMPUR: Isu penyebaran foto dan video aksi melampau di mana pelakunya mirip selebriti yang tular sejak kebelakangan ini, cukup meresahkan.

Perlakuan ini bukan sahaja memberi kesan kepada persepsi masyarakat terhadap selebriti biarpun keaslian video tular boleh diperdebat atau disangkal, namun, lebih teruk, mampu mencalarkan imej industri seni.

Lebih mengejutkan apabila artis yang terpalit dalam isu mengaibkan ini bukan calang-calang.

Antara selebriti yang namanya pernah terkait dengan penyebaran foto dan video tidak senonoh adalah Syafiq Kyle, Aiman Tino, Faizal Tahir, Tasha Shilla, Nora Danish, Atikah Suhaimi, Idris Khan dan terbaru, aktor sasa, Zul Ariffin.

Dalam insiden menggemparkan ini, pelakon filem Sangkar itu menyahaktifkan akaun Instagram dan Twitter selepas tidak tahan dengan kecaman warganet.

Bagaimanapun, pada era teknologi yang berkembang pesat, sukar untuk kita memastikan apakah video atau foto yang tersebar adalah sahih atau sudah disunting? Maklum sajalah, dalam dunia sekarang, banyak pihak sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan diri termasuk mengugut mangsa demi mendapatkan wang.

Perkara itu diakui pelakon Kamal Adli yang pernah dikaitkan dengan skandal memalukan, suatu ketika dulu.

“Apa yang saya tahu, kebanyakan orang yang suka menyebarkan foto aib melakukannya demi wang.

“Tak dinafikan benda seperti ini wujud. Saya pernah menerima ugutan melalui mesej peribadi di laman sosial.

“Saya sudah melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan badan yang bertanggungjawab untuk menyiasat jenayah siber iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Saya tidak boleh mengulas panjang mengenai isu ini kerana masih dalam siasatan. Saya tidak mahu perkara ini mengganggu kerja untuk mencari siapakah dalang di sebalik perbuatan keji itu,” katanya kepada BH Online.

Apabila perlakuan tidak senonoh berlaku terutama kepada golongan yang sering dianggap sebagai ikon atau model, sudah tentu perbuatan seperti itu tidak boleh dapat diampun.

Apatah lagi, semuanya berkait rapat dengan soal moral. Tentunya kecaman demi kecaman menjadi ‘santapan’ harian sekali gus memberi tekanan emosi kepada si empunya diri.

Mengulas perkara itu, Kamal yang muncul juara program realiti, Super spontan 2017 memberitahu, apa yang lebih merisaukan adalah penerimaan keluarga.

“Insiden itu tidak memberi kesan kepada kerjaya. Saya sudah melalui situasi itu dan ia sangat menyakitkan.

“Kalau boleh, saya tak mahu ingat dikenang atau disebut lagi. Apa yang saya risaukan adalah perasaan keluarga... Itu sahaja,” katanya yang baru muncul dengan drama bersiri berjudul Black untuk siaran Viu Malaysia.

Mengambil pendekatan lebih rasional dalam menyalurkan pandangan, aktres jelita, Siti Saleha berkata, isu gambar dan video lucah yang mengaitkan selebriti perlu ditangani dengan adil tanpa emosi.

Sebagai penggiat seni, kontroversi itu, baginya memberi reputasi yang tidak baik terhadap selebriti yang ikhlas menyertai bidang seni demi mencari rezeki.

“Pada saya, siasatan perlu dilakukan untuk memastikan dakwaan yang dilemparkan adalah sahih dan bukannya bertujuan untuk menganiaya.

“Kalau terbukti bersalah, pada saya, biarlah kita bagi isu ini ‘sejuk’ dahulu. Kalau perlu direhatkan selebriti yang terbabit, kita lakukannya.

“Tapi janganlah sampai kita ‘gam’ mereka selama-lamanya. Ini kerana mereka juga ada keluarga yang perlu ditanggung.

“Mereka juga hendak mencari rezeki. Mungkin kita boleh beri pengajaran kepada mereka dan selebriti lain supaya jangan ulangi perbuatan itu,” kata pelakon yang popular menerusi drama rantaian 7 Hari Mencintaiku ini.

Enggan industri hiburan terus dicemari isu mengaibkan, pemenang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2019 ini meminta pihak terbabit supaya segera menghentikan perbuatan mereka yang tidak bermoral itu.

“Jika video dan foto itu adalah hasil suntingan mereka yang sengaja mahu memalukan selebriti, hentikanlah perbuatan itu. Apa yang awak akan dapat dengan menghasilkan foto begitu? Tergamakkah anda untuk melihat artis itu menanggung malu dan menjadi mangsa atas perbuatan orang lain?

“Tapi jika video atau foto itu dibuat dengan kerelaan sendiri, memang wajarlah mereka dihukum.

“Nasihat saya, tak usahlah buat sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri selain membuatkan imej golongan artis dan industri tercalar. Jagalah maruah dan moral kita sebagai seorang anak seni,” katanya.

Bagi pelakon berkarakter, Nabila Huda, isu penyebaran foto dan video lucah artis lebih bermotif memalukan golongan selebriti.

Dakwanya, sikap warganet yang suka mengecam di laman sosial artis membuatkan isu ‘panas’ seperti itu sebagai sesuatu yang ditunggu-tunggu mereka.

“Masyarakat kita ini suka memburuk-burukkan artis. Saya sangat kasihan apabila melihat isu video panas artis ini tidak habis-habis diperkatakan warganet.

“Rasanya tak perlulah hendak reka cerita atau memalukan artis yang menjadi mangsa... Itu adalah salah.

“Pada saya, setiap orang ada kisah silam masing-masing. Tak perlulah ungkit dan kemudian menyebarkannya dengan tujuan mahu memalukan mereka.

“Sikap seperti inilah yang kadang-kadang membuatkan selebriti mengalami kemurungan dan terdetik menamatkan riwayat hidup mereka,” katanya tegas.

Menurut penyandang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2019 ini, artis yang didapati bersalah wajar diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan. Baginya, usah dihukum jika perbuatan dilakukan adalah disebabkan kejahilan diri.

“Seperti yang saya katakan, setiap orang ada kisah lampau. Takkanlah disebabkan kesilapan itu, kita lupa dengan bakat yang ada.

“Artis menyerahkan seluruh jiwa dan raganya dalam bidang seni. Takkanlah dengan kesilapan itu, kita tak boleh nak bertolak ansur.

“Maafkanlah sahaja mereka dan tak perlulah sampai hendak disekat peluang mereka untuk mencari rezeki. Kepada mana-mana artis yang terbabit dengan isu ini, kita semua manusia biasa dan tidak sempurna.

“Pandang ke hadapan, teruskan kehidupan dan bekerjalah seperti biasa kerana awak ada bakat. Sayang jika ia disia-siakan begitu sahaja,” katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...