Bekas Wakil Rakyat Bersalah Rogol Remaja 17 Tahun

NEW DELHI: Bekas pembuat dasar parti pemerintah India, hari ini, didapati bersalah merogol seorang remaja dalam satu kes berprofil tinggi yang menunjukkan keganasan seks berleluasa negara itu selain kekebalan golongan elit.

Kuldeep Singh Sengar adalah pembuat dasar negeri empat penggal berturut-turut untuk parti nasionalis Hindu, Bharatiya Janata (BJP). Dia didapati bersalah merogol mangsa berusia 17 tahun di rumahnya di Uttar Pradesh pada 2017. Hukuman dia akan dibacakan, lewat minggu ini.

Keputusan itu dikeluarkan, ketika penduduk awam kembali marah dengan serangan seks di India dan kegagalan sistem keadilan jenayah menangani jenayah sedemikian.

Awal bulan ini, empat suspek rogol dan bunuh terbunuh dalam apa yang didakwa polis dalam satu insiden tembakan di bandar Hyderabad, di selatan negara itu.

Seorang lagi wanita maut, selepas penyerang membakar beliau, ketika dalam perjalanan ke mahkamah di negeri Uttar Pradesh. - Berita Harian Online