Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata Azilah tidak pernah dibawa keluar dari penjara kecuali pada 15 April 2015 apabila banduan yang menunggu hukuman gantung itu terpaksa menghadiri prosiding mahkamah.
Jabatan itu berkata rekod menunjukkan bahawa Azilah menerima 34 lawatan dari ahli keluarganya dan 15 lawatan dari peguamnya tahun ini.
Kata jabatan itu, sebarang kenyataan oleh mana-mana pihak yang mengatakan bahawa Azilah telah dibawa keluar dari penjara Kajang pada tahun ini untuk menemui VVIP adalah tidak benar sama sekali.
Peguam Muhammad Shafee Abdullah semalam membuat kenyataan bahawa berdasarkan "maklumat yang sangat dipercayai” tetapi tidak boleh didahkan dirinya bahawa banduan itu pernah dibawa keluar pada Februari tahun ini.
Peguam yang mewakili bekas perdana menteri Najib Razak itu walau bagaimanapun, tidak mendedahkan identiti VVIP berkenaan. - Malaysiakini