Skip to main content

Video Tular Di Langkawi Budak Ketakutan Diserang Anjing


LANGKAWI - Satu rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki duduk bersimpuh dalam keadaan ketakutan setelah diserang seekor anjing tular di laman sosial.

Berdurasi 24 saat, video itu menunjukkan kanak-kanak itu tidak boleh berbuat apa-apa hanya berdiam diri bimbang anjing itu bertindak agresif.

Video dimuat naik di Facebook bomoh online memberitahu, kanak-kanak tersebut telah digigit oleh anjing dan penduduk kampung sedang menyelamatkan kanak-kanak malang itu.

Bagaimanapun netizen berang dengan tindakan lelaki yang merakam serta orang ramai yang berada di tempat kejadian kerana tidak ada usaha untuk membantu budak tersebut.

Netizen, Abdullah Khairee yang dipercayai dari kampung itu tampil memberi penjelasan.

"Penduduk kampung tidak boleh mendekati kanak-kanak itu kerana bimbang keselamatannya.

"Anjing dah gigit budak itu, orang kampung tak boleh dekat sebab nak lihat keadaan, bila anjing itu tidak agresif baru kami membantu kanak-kanak tersebut.

"Video tu dirakam sebab nak buat bahan bukti, banyak sangat dah anjing liar kat pulau nie... Konon ramai pencinta anjing, suruh ambil bela tak nak, sebab tu kita rakam, ramai sangat yang cakap pandai nak tolong.

"Itu anjing gila, bukan anjing macam kot taman perumahan itu, anjing itu pun dah mati," tulisnya.

Dalam pada itu, Nurul Assyikin turut menyokong tindakan penduduk kampung yang mengutamakan keselamatan kanak-kanak.

"Ni bukan bab takut anjing atau apa, cuma orang kampung tidak mahu budak tu cedera teruk sebab tu depa (mereka) tengok dari jauh...

"Dan tunggu orang bawak senjata pergi selamat budak tu... Aduh, susah la jenis tau nak salahkan dan kecam, tidak ada langsung pemikiran positif semua nak negatif ja," katanya.

Anjing tokak Budak. info awal drp netizen: Anjing menyerang seorang kanak-kanak di Kampung Dato Syed Nahar, Kuah, Langkawi. * jika terdapat sbrg percanggahan atau sesiapa ada info yg lebih jelas, boleh kongsikan di ruangan komen - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...