Skip to main content

Video: Culik Budak Buat Asam Pedas


PONTIAN - Seorang lelaki yang berpura-pura ingin menculik tiga kanak-kanak merayau dengan basikal masing-masing di lokasi sunyi berhampiran ladang kelapa sawit mencuit hati netizen.

Video dimuat naik Nur Wardina di laman Facebook miliknya memaparkan seorang lelaki yang merupakan perakam video berkenaan secara sengaja mengusik mereka kononnya ingin menculik dan memasak mereka.

“Biasanya budak-budak ni, kita orang culik buat asam pedas tapi yang kecil tak nak, yang ni pun tak nak, yang ni, kenyang sikit,” kata lelaki berkenaan sambil merakam ketiga-tiga mereka.

Dalam video tersebut, kanak-kanak lelaki yang ketiga menangis dipercayai ketakutan mendengar ‘ugutan’ tersebut.

Perkongsian video berdurasi 26 saat itu kini tular di media sosial yang meraih 104,000 tontonan, sebanyak 1,200 tanda suka dan gelagat mereka mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur melihat kecomelan mereka.

Netizen juga memuji tindakan dilakukan lelaki tersebut kerana mampu memberi pengajaran bukan sahaja kepada kanak-kanak, malah ibu bapa supaya lebih memantau anak-anak mereka.

Antara reaksi netizen yang terhibur dengan tindakan lelaki tersebut yang menyakat kanak-kanak yang suka merayau.

"Kadang-kadang boleh buat pengajaran juga. Sekarang ini macam-macam boleh berlaku. Biar yang degil-degil suka 'merayap' tu jangan 'merayap' lagi-lagi di tempat sunyi.

Apapun, kena sentiasa pantau anak-anak bila berada di luar rumah. Biar dia yang menangis, jangan kita yang menangis di kemudian hari," tulis Zabedah Ahmad.

Zulaila Ahmad memberitahu, "Dalam lawak ada mesej yang hendak disampaikan sebab selalu juga nampak budak sekolah rendah dah pandai merayau. Bukan sahaja bahaya atas jalan raya, juga berdepan dengan risiko penculikan. Harap ibu bapa prihatin."

Dalam pada itu, seorang lelaki yang mengaku sebagai perakam video berkenaan, Haizan Yazid Nordin menulis di ruangan komen mendakwa kanak-kanak tersebut sebenarnya tidak jauh pun dari rumah mereka.

Katanya, sebaik menyakat, kanak-kanak tersebut terus masuk ke rumah dan tidak keluar-keluar sampailah dia pulang kira-kira dua jam selepas itu.

“Lepas saya sakat budak ni, dia terus masuk rumah dan tak keluar-keluar sampailah saya balik lebih kurang 2 jam kemudian. Adik comel ni nama Adam kalau tak salah saya,” katanya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...