Skip to main content

Suami Bunuh Bekas Isteri Yang Hamil 8 Bulan


ILFORD (ENGLAND) : Seorang lelaki yang cemburu dengan bekas isterinya disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita berkenaan menggunakan panah.

Ramanodge Unmathallegadoo merancang untuk membunuh Sana Muhammad atau nama asalnya, Devi Unmathallegadoo selama lebih tiga tahun, selepas didorong rasa marah dan cemburu yang keterlaluan.

Lelaki berusia 51 tahun itu menunggu ketibaan Sana di taman, dengan berbekalkan dua panah jenis ‘crossbow’, pisau, pita pelekat, tali kabel dan penukul.

Dia kemudian mengejar suami mangsa, Imtiaz Muhammad hingga ke dalam dapur bersama rancangan untuk membunuh pasangan berkenaan bersama bayi mereka yang bakal lahir.

Ramanode kemudian bertindak mengejar Sana, 35, ibu kepada lima cahaya mata, sebelum menembak perut mangsa menggunakan panah ketika beliau cuba melarikan diri ke tingkat atas rumah, dalam kejadian di Ilford, timur London itu.

Sana yang hamil lapan bulan meninggal dunia selepas jantungnya ditembusi anak panah berukuran 45 sentimeter (cm), tetapi keajaiban berlaku apabila bayi dikandungnya tidak cedera dan selamat dilahirkan menerusi pembedahan kecemasan.

Kejadian mengerikan itu turut disaksikan suami dan anak-anak mangsa, termasuk dua hasil perkahwinannya bersama suspek.

Unmathallegadoo disabitkan dengan kesalahan membunuh oleh juri Old Bailey selepas dibicarakan sekali lagi.

Mahkamah juga mendengar bagaimana mangsa dikahwinkan dengan suspek ketika berusia 15 tahun, namun berpisah pada 2012.

Sana berkahwin buat kali kedua dengan Imtiaz Muhammad dan memiliki tiga anak, termasuk seorang bayi yang dikandung ketika kejadian.

Hakim Mark Lucraft QC ketika menangguhkan hukuman kepada 29 November berkata, suspek bertindak kejam dengan melakukan jenayah paling dahsyat di hadapan anak-anaknya sendiri.

“Perbuatan kamu amat tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...