Skip to main content

Remaja 15 Tahun Seret Pegawai Polis 200 Meter


LIMBANG: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor cedera selepas diseret sejauh 200 meter oleh sebuah kereta dipandu seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Jalan Kampung Ranggu, di sini malam semalam.

Kejadian berlaku jam 11.50 malam ketika mangsa yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang sedang menjalankan operasi di kawasan itu sebelum terserempak sebuah kereta jenis Kia Cerato K3 yang didapati dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata berikutan itu, pegawai terbabit mengarahkan pemandu kereta berhenti untuk pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, katanya, ketika pegawai terbabit cuba menghampiri kereta itu, pemandunya tiba-tiba memecut laju lalu mengheret mangsa menghala ke arah jalan keluar dari kampung berkenaan dalam usahanya meloloskan diri.

“Pegawai berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian kepala, lengan, bibir, punggung dan kedua belah tangannya akibat kesan geseran. Mangsa kini sedang menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil, ” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Abang Zainal berkata, polis kemudian melancarkan gerakan memburu suspek yang membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Kampung Menuang pada jam 2.30 pagi tadi.

“Bagaimanapun, suspek tidak berada di rumah berkenaan ketika serbuan dilakukan. Hasil pemeriksaan lanjut kemudian menemui selaras senapang patah buatan sendiri dan dua laras senapang angin bersama lapan butir peluru jenis penabur dipercayai milik bapanya yang berusia 44 tahun.

“Turut dirampas dalam serbuan ialah satu keratan tiub straw lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 0.27 gram bernilai RM40 yang ditemui dalam beg silang milik bapa suspek,” katanya.

Katanya, hasil soal siasat ke atas bapanya, suspek berjaya ditahan di Kampung Bebuloh, Tedungan pada jam 11 pagi tadi, manakala kereta digunakannya yang disembunyikan di kawasan berhampiran turut dirampas.

“Suspek yang turut memiliki rekod lampau berkaitan dadah itu akan disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan, manakala ayahnya turut ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...