Ramai Yang Cuba Nak Ngorat Aeril


Pelakon Aeril Zafrel mengakui dia tidak boleh lari daripada menerima pelbagai mesej berbentuk gangguan daripada individu yang cuba mendekati dirinya, biarpun sudah berumah tangga.

Begitupun, bercakap kepada HLive, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 31, memberitahu, dia tidak pernah hirau dengan segala bentuk gangguan sedemikian.

"Kalau ada orang niat sebegitu, kita memang tidak boleh lari sebab kita selebriti kan.

"Dan saya walau macam mana sekali pun, saya tahu saya ada anak-anak dan isteri. Saya ada anak-anak yang kena besarkan, saya ada rumah tangga yang saya kene tempuhi hingga akhir hayat nanti," katanya.

Aeril berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan cubaan pihak luar yang mahu mendekati dirinya biarpun sudah berumah tangga.

Aeril mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal pada 2013.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 6 dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Wawa kini juga sedang sarat mengandung anak ketiga yang kini sedang menunggu hari.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). - Astro Gempak