Skip to main content

Hanya Mahu Hidu Najis Panda. Pengunjung Zoo Sanggup Beratur Panjang.


Pengunjung sebuah zoo di China sanggup beratur panjang semata-mata untuk menghidu najis beruang panda yang didakwa berbau wangi.

Zoo Wuhan di wilayah Hubei, tengah China mempamerkan najis panda kepada pengunjung untuk menunjukkan bagaimana sistem penghadaman haiwan itu berfungsi.

Ramai pengunjung terkejut kerana tidak menyangka najis panda wangi malah ada yang berkata, baunya seperti buluh dan roti.

Pihak zoo memberitahu, panda tidak dapat menghadam buluh dengan baik menyebabkan najis haiwan itu banyak mengandungi daun tumbuhan berkenaan.

Zoo Wuhan baru membuka pameran beruang panda pada Julai lalu yang menempatkan dua panda betina, Chun Qiao dan Pang Niu.

Petugas zoo itu teruja dengan kehadiran ramai pengunjung dan berjanji untuk menggantikan najis panda yang dipamerkan setiap hari untuk dihidu mereka.

Zoo itu turut menyiarkan video di media sosial yang menunjukkan bagaimana panda berkenaan menghasilkan najis.

Menurut Pengarah Pusat Pelindungan Haiwan Liar zoo itu, Wang Mingquan, seekor panda dewasa mampu makan lebih 20 kilogram buluh sehari dan menghasilkan 10 kilogram najis yang lazimnya digelar “bebola hijau” oleh penjaga haiwan itu.

Menurutnya, seekor panda selalunya berak lebih 10 kali sehari.

Tahi panda juga digunakan untuk membuat tisu dan teh di China.

Tisu tandas mewah jenama “Panda Poo” (tahi panda) diperbuat menggunakan bahan itu berharga 43 yuan (RM25.50) sekotak iaitu hampir 10 kali ganda tisu tandas biasa. - Free Malaysia Today

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...