Powered by Blogger.

Sunday, October 20, 2019

Video; Budak Jatuh 'Landing' Atas Beca 😱😱😱


BHOPAL - Berpantang maut sebelum ajal. Itulah situasi dihadapi seorang kanak-kanak lelaki yang terselamat selepas terjatuh daripada tingkat dua sebuah apartmen di Madhya Pradesh, India.

Kejadian membabitkan mangsa berusia tiga tahun itu berlaku di Tikamgargh pada Jumaat lalu dan ia sempat dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam rakaman berkenaan Ashish Jain, mangsa jatuh dan mendarat tepat di belakang sebuah beca yang kebetulan melalui kawasan kaki lima apartmen berkenaan.

Bapa mangsa dikenali sebagai Ashish Jain berkata, sebelum kejadian anaknya bermain di bahagian atas bersama ahli keluarga yang lain.

"Dia bagaimanapun hilang imbangan badan sebelum terjatuh daripada balkoni," katanya

Pemeriksaan di hospital mengesahkan budak lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan. - Sinar Harian