Skip to main content

Shazmie Maafkan Pemandu Yang Langgar Keretanya Di Plaza Tol


“Saya maafkan dia setelah dia memohon maaf kepada saya pagi tadi,” kata Shazmie Ilias yang merupakan pemilik kereta dilanggar sebuah kenderaan berwarna merah di Plaza Tol Elmina lebuhraya Guthrie, Shah Alam pada Isnin.

Demikian reaksi Shazmie sebagai mengulas rakaman video berdurasi 46 saat yang menjadi tular di media sosial selepas ‘dashcam’ yang dikongsikan beliau menunjukkan sebuah kereta jenama antarabangsa berwarna merah cuba mengelak daripada membuat bayaran tol melanggar kenderaannya.

Menerusi rakaman tersebut, pemandu kereta berkenaan kemudian dilihat mengekori rapat sebuah kenderaan lain selepas 'melarikan diri' daripada Shazmie yang menghalangnya.

Ekoran dihalang oleh Shazmie, pemandu berkenaan dengan pantas mengundurkan kenderaannya bagi membolehkannya mengekori kenderaan lain di laluan bersebelahan.

Tindakan pemandu itu yang enggan membayar tol sehingga mengancam keselamatan kenderaan lain mengundangan kecaman dan kritikan daripada netizen.

Dia disifatkan sebagai pemandu yang tidak bertanggungjawab selain ada yang tidak faham dengan sikapnya yang terlalu berkira untuk membayar tol tol tetapi mampu pula memandu kenderaan jenama antarabangsa.

Tidak sekadar menerima kecaman, netizen juga 'bekerja keras' menjejaki pemandu berkenaan dengan mencari latar belakangnya berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan.

Menurut Shazmie, pemandu kenderaan yang mengekorinya dengan rapat akan bertemu dengannya dalam masa terdekat bagi menyelesaikan kes tersebut.

“Jangan kecam pemilik kereta tersebut, setiap manusia ada buat salah dan silap” kata Shazmie.

Ekoran kejadian pada Isnin juga, Shazmie bertindak membuat laporan polis sebagai langkah keselamatan memandangkan pemilik kereta itu melarikan diri.

“Saya membuat laporan kerana geram dengan tindakan dia melarikan diri, kalau dia berhenti dan berbincang saya okay sahaja” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Shazmie berkata, sekalipun keretanya tidak mengalami kerosakan yang serius, namun beliau berharap kejadian itu akan menjadi pengajaran dan tauladan buat semua pengguna jalan raya.

Walau bagaimanapun, Shazmie tidak pasti apakah punca pemandu berkenaan mengelak daripada membayar tol.

Apa yang paling utama, bagi Shazmie, masalah yang berlaku antara dia dengan pemandu berkenaan diselesaikan dengan baik.

“Saya tidak kisah apa alasan dia, tetapi jadilah pengguna yang bertanggungjawab” tegas Shazmie lagi. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...