Skip to main content

"Sebab DAP Kita Perlu Henti Siasatan?" - Ayob Khan Nafi Kenyataan Lim Guan Eng


KUALA LUMPUR: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa polis memberi jaminan tiada pemimpin politik DAP yang ditahan selepas ini berkaitan siasatan isu kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

"Tidak ada sebab kenapa kita perlu menghentikan siasatan kita. Adakah ini sebab parti DAP kita perlu hentikan siasatan? Tidak daripada saya," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini pada Ahad.

Malah, beliau juga tidak pasti daripada mana Guan Eng mendapat maklumat itu sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak pasti bagaimana input yang beliau dapat iaitu yang mengatakan polis tidak akan menjalankan siasatan dan tangkapan. Itu saya tidak pasti.

"Namun, yang pastinya bukan daripada saya. Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang isu atau kenyataan yang mengatakan kita akan memberhentikan siasatan. Tidak. Mungkin ada pihak lain saya tidak pasti," ujar beliau.

Beliau menegaskan tangkapan suspek terlibat tidak kena-mengena dengan mana-mana parti politik.

"Tangkapan ini tiada kaitan dengan DAP, Pas, UMNO,PKR atau mana-mana parti pun. Tangkapan dibuat kerana mereka disyaki terlibat dalam aktiviti menyokong dan mempromosi keganasan. Tidak kiralah parti mana.

"Polis tidak pernah ada sedikit pun ada bias (pilih kasih). Mana-mana terlibat, cukup bukti pasti akan ditangkap.Saya tak kira siapa pun," tegas Ayob lagi.

Mengenai dakwaan Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran bahawa tangkapan suspek LTTE ada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai 16 November depan, Ayob menjelaskan, itu pendapat peribadi Naib Pengerusi DAP itu.

"Itu pandangan peribadi YB Kula. Jangan tanya banyak isu politik. Saya pegawi polis, agensi penguatkuasa. 

Soalan politik ini elok ditujukan kepada orang politik. Nanti kalau saya jawab, rentaknya akan jadi lain. Nak kaitkan dengan Tanjung Piai ke apa ke, itu hak dia. Saya tak mahu komen apa-apa," tambah beliau.

Setakat Ahad, 12 suspek termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Negeri Sembilan dan Melaka yang disyaki terlibat dengan perjuangan kumpulan LTTE. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...