Skip to main content

'Nasib Baik Ada Kakak Polis' Wanita Selamat Melahirkan Anak Dalam Teksi Dibantu Anggota Polis


CHERAS - Seorang wanita warga Indonesia selamat melahirkan anak di dalam sebuah teksi selepas dibantu seorang anggota polis dari Balai Polis Salak Selatan Baru.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, ketika kejadian jam 3.40 petang, Lans Koperal N Komathi sedang bertugas di Pondok Polis Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

“Beliau didatangi seorang wanita yang sedang sarat mengandung dan sedang sakit seperti mahu bersalin.

"Melihat keadaan wanita tersebut, Komathi nekad membawa wanita itu menaiki teksi ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HUKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Mokhsein berkata, Komathi membantu wanita berkenaan melahirkan bayi lelaki seberat 3.7 kilogram ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Apabila sampai di wad kecemasan HUKM, wanita berkenaan terus diberi rawatan lanjutan oleh kakitangan hospital.

"Wanita dan anak dalam keadaan baik. Suami kepada wanita itu turut dihubungi untuk memaklumkan perkara tersebut,” katanya.

Komathi, 27, anak ketiga daripada empat beradik memulakan kerjaya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia pada 16 Januari 2016 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Setelah tamat latihan, beliau ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dan kemudian bertukar ke Balai Polis Salak Selatan Baru pada Mac 2017.

Beliau telah berkahwin dengan seorang anggota polis yang kini bertugas di Balai Polis Sungi Besi dan dikurniakan dua cahaya mata. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...