Skip to main content

Isteri Terpengaruh Selepas Lahirkan Anak Pertama


KANGAR - Pasangan suami isteri, bapa dan anak lelaki antara 11 individu yang ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis dalam serbuan di beberapa lokasi di daerah ini semalam.

Pengarah AADK Perlis, Azizah Ahmad berkata, pasangan suami isteri berusia 57 dan 41 tahun ditahan di rumah mereka di Jalan Sungai Baru Simpang Empat.

Katanya, siasatan mendapati wanita berkenaan mengaku mengambil dadah jenis Syabu selepas melahirkan anak yang pertama akibat terpengaruh dengan suaminya yang menjadikan rumah kediaman mereka sebagai port menghisap dadah sejak tahun 2000.

"Suaminya tidak bekerja dan juga Orang Kelainan Upaya (OKU) akibat kemalangan. Lelaki itu menyalahgunakan bantuan yang disalurkan oleh JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan Baitulmal untuk membeli bekalan dadah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azizah, serbuan di sebuah lagi rumah di kawasan berhampiran mendapati seorang bapa berusia 44 tahun telah ditahan bersama anak lelakinya berusia 19 tahun kerana positif dadah jenis Syabu.

"Mereka yang bekerja sebagai nelayan mengambil dadah secara harian sebelum melakukan kerja," katanya.

Tambahnya, pasukan penguatkuasa AADK Perlis turut membuat rondaan di kawasan Kampung Wai Kuala Perlis dan melakukan pemeriksaan terhadap empat orang lelaki yang mencurigakan.

"Pemeriksaan mendapati tiga daripadanya positif dadah jenis syabu dan salah seorang daripada mereka merupakan pelajar sekolah menengah di kawasan tersebut.

"Hasil operasi, sembilan lelaki dan dua wanita ditahan oleh pasukan penguatkuasa AADK Perlis.

"Kesemua mereka dibawa ke pejabat AADK Perlis untuk tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 pindaan 1998," katanya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...