Mangsa, Anthony Bunn, berusia dua tahun turut dipukul oleh teman lelaki ibunya atas kesalahan sama.
Akibat perbuatan itu, Elizabeth Woolheater yang mengaku melakukan kesalahan itu meringkuk dalam penjara selama 20 tahun.
Selain didakwa membunuh, Elizabeth juga dituduh melakukan penderaan ke atas anaknya.
Berdasarkan fakta kes, Woolheater memberitahu polis, dia berasa amat marah kerana Bunn tidak mahu menelan sosej ketika sarapan pagi.
Teman lelakinya, Lucas Diel menyumbat sosej ke mulutnya manakala si ibu terus memukul anaknya.
Dia mendakwa meninggalkan anaknya di dalam bilik selepas kejadian sebelum Diel terus memukul kanak-kanak malang itu.
Apabila dia kembali ke bilik, dia melihat badan anaknya dipenuhi lebam dan berdarah sebelum meminta pertolongan bantuan kecemasan selepas anaknya tidak bernafas.
Bunn meninggal dunia di hospital pada 6 Mei 2018 dua hari selepas insiden itu.
Kesengsaraan dan penderitaan si kecil itu berakhir apabila dia meninggal dunia dan doktor mendapati badannya turut mengalami kekurangan zat.
Sementara itu, Diel menafikan dia memukul anaknya sebaliknya kanak-kanak itu terjatuh ketika sedang tidur atas katil.
Bagaimanapun dia disabitkan kesalahan atas hukuman mati kelas kedua dan menerima hukuman penjara selama 49 tahun atas jenayah yang dilakukan. - Astro AWANI