Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab

Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab
PETALING JAYA – Tempoh hampir lapan jam Datuk Seri Najib Razak berada di luar kediamannya pada Jumaat bukan hanya untuk menunaikan solat Jumaat, malah turut membabitkan beberapa urusan lain termasuk pemeriksaan kesihatan, pengajian al-Quran dan sesi kaunseling. Jabatan Penjara dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung pergerakan bekas Perdana Menteri itu yang dilaporkan berada di luar kediamannya selama hampir lapan jam. Menurut kenyataan itu, pergerakan Najib bermula pada pukul 10.25 pagi dan berakhir pada 6.25 petang. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menghadiri janji temu pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik. Selain itu, Najib turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang sebelum mengikuti sesi pengajian al-Quran bersama ustaz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Penjara Kajang. Beliau turut menjalani sesi kaunseling bersama Pegawai Psikologi...

Buat Kerja Sekolah Sambil Tonton Kartun


XIAN: Seorang kanak-kanak perempuan menemui ajal selepas ditampar pada bahagian belakang kepala oleh ibunya dalam kejadian di China.

Insiden tragis itu berlaku di bandar Tongchuan, wilayah Shaanxi.

Lapor media tempatan, ibu mangsa naik berang selepas kanak-kanak berusia lapan itu membuat kerja sekolah sambil menonton rancangan kartun.

"Akibat terlalu marah, wanita terbabit menampar bahagian belakang kepala mangsa dengan kuat sebelum kanak-kanak terbabit menangis tanpa henti.

"Bagi memujuk mangsa, wanita itu memberinya makan kaki ayam. Tidak lama selepas itu, mangsa menunjukkan simptom pening dan muntah.

"Mangsa meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital," kata polis.

Sementara itu, doktor memberitahu punca kematian mangsa disebabkan pukulan kuat pada bahagian belakang mangsa.

Difahamkan, saraf otak mangsa pecah sekali gus menjurus kepada kematian kanak-kanak terbabit. - Astro AWANI