Skip to main content

Bersifat Jujurlah, Jangan Salah Gunakan Siti Aafiyah - Siti Nurhaliza


Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, pendedahan Siti yang membabitkan anaknya Siti Aafiyah di anggap tidak sepatutnya perkara seperti itu berlaku kerana seharusnya kalau nak berniaga mestilah bersikap jujur terhadap pelanggan.

Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K telah berkahwin pada 21 Ogos 2006 di Majlis Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Namun begitu penantian selama 11 tahun Siti dan suami untuk menimang cahaya mata pertama mereka termakbul juga apabila Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac lalu.

Siti melalui pendedahannya memberitahu bahawa terdapat segelintir perniaga yang tidak jujur telah menyalahgunakan nama anaknya itu bagi tujuan perniagaan mereka.

Malah Siti juga melalui kenyataannya memberitahu bahawa dia telah menerima aduan akan wujudnya akaun Instagram(IG) yang menggunakan nama anaknya untuk tujuan perniagaan.

Menurut Siti bukan hanya satu tetapi terlalu banyak akaun yang menggunakan nama anaknya menjual pelbagai produk.

"Saya juga mendapat aduan daripada peminat-peminat saya yang prihatin apabila Instagram (IG) yang menggunakan nama Aafiyah digunakan untuk perniagaan pelbagai barangan dan sebagainya.

Siti memohon kepada semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan dengan nama anaknya dan berharap peniagaan yang dilakukan itu akan bersifat jujur terhadap pelanggannya.

"Saya sangat bermohon agar jangan mengambil kesempatan di atas nama Aafiyah apatah lagi terdapat beratus-ratus akaun di atas nama Aafiyah.

Malah Siti juga telah menegaskan bahawa Aafiyah tidak mempunyai sebarang akaun Instagram (IG) dan saya berharap tiada sesiapa terpedaya jika ada yang menyamar atau menjual produk bukan dari perniagaan saya ataupun menggunakan akaun tersebut untuk tujuan-tujuan tidak baik.

"Berniagalah dengan jujur dan jangan menyalahgunakan nama Aafiyah," tulisnya lagi.

Antara Instagram yang menggunakan nama Siti Aafiyah.


Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...