Skip to main content

2 Anggota Polis Dan 1 Tentera Ditahan


Tiga anggota polis dan tentera antara 35 individu ditahan kerana menyertai parti liar di sebuah apartmen dekat Jalan Sultan Ismail, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira jam 2.20 pagi itu, dua anggota polis yang ditahan berpangkat konstabel, manakala seorang lagi anggota tentera berpangkat lans koperal.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata mereka yang ditahan membabitkan 25 lelaki dan 10 wanita berusia 18 hingga 31 tahun.

“Tiga penjawat awam yang ditahan itu adalah seorang konstabel wanita bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, seorang konstabel lelaki bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman manakala seorang anggota tentera berpangkat lans koperal.

“Dalam serbuan itu polis turut menahan seorang penuntut sebuah universiti,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Khalil berkata, pemeriksaan dilakukan di kawasan ruang tamu rumah terbabit menemui satu paket lut sinar mengandungi empat biji pil ekstasi dan satu pil erimin 5.

Katanya, seorang daripada lelaki yang ditahan turut didapati memiliki satu paket plastik lut sinar mengandungi 29 pil ekstasi.

“Unit apartmen berkenaan disewa oleh seorang individu yang menganjur parti liar terbabit dengan bayaran RM500.

“Siasatan awal mendapati bayaran yang dikenakan untuk menyertai parti itu adalah sekitar RM50 hingga RM100 yang ditawarkan menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek direman empat hari bermula semalam hingga Rabu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...