Skip to main content

Video Perdana Menteri 'Diserang' Di Columbia University Isu Anti-Yahudi


NEW YORK: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa menjadi hak mana-mana individu untuk bersuara tentang sesuatu perkara, termasuk bersifat anti-Yahudi.

Tegasnya, apabila wujud pihak yang menghalang seseorang itu untuk bersifat anti-Yahudi, ia sekali gus menyekat kebebasan bersuara.

“Saya mengamalkan kebebasan bersuara. Kenapa saya tidak boleh berkata sesuatu yang menentang Yahudi, sedangkan ramai yang mengkritik saya, Malaysia - dan saya tidak protes mahupun berdemonstrasi.

“Jadi kita perlu mendengar pandangan yang bertentangan dengan kita kerana ia adalah kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara adalah hak bersuara.

"Bila anda kata saya tidak boleh anti-Yahudi, jelas tiada kebebasan bersuara,” katanya pada sesi soal jawab seiring Forum Pemimpin Dunia yang berlangsung di Columbia University pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada anggota penyokong Komuniti Israel yang menyifatkan Dr Mahathir berbangga digelar sebagai seorang anti-Yahudi.

Penuntut Columbia University itu turut meminta beliau mengulas berkenaan tragedi Holocaust yang didakwa menyebabkan kematian lebih enam juta penganut Yahudi, namun dinafikan Dr Mahathir dalam satu temu bual bersama media antarabangsa sebelum ini.

“Anda perlu ingat, seorang wartawan pernah dipenjara tiga bulan kerana mempersoal jumlah kematian tragedi Holocaust. Saya tidak mempersoalnya. Saya cuma kata ‘siapa yang menentukan angka ini?

“Jika seseorang yang menyokong, anda dapat satu angka (kematian), tapi apabila seseorang yang menentangnya, anda dapat angka yang lebih besar. Saya akui Holocaust berlaku dan ramai Yahudi yang mati.

“Malah, pada satu masa saya simpati dengan mereka ketika peperangan berlaku, yang ketika itu anda tidak ada lagi, tetapi saya ada pada ketika itu,” katanya.

Selepas Columbia University mengumumkan bahawa salah seorang tetamu yang dijemput adalah Dr Mahathir, beberapa kelompok pro-Israel dan pro-Yahudi membantah tindakan itu dengan menyifatkan beliau tidak layak berucap di institusi pendidikan terkemuka peringkat antarabangsa. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut