Skip to main content

Tinggal Anak Jiran Dalam Kereta, Tidak Matikan Enjin Undang Padah


JOHOR BAHRU: Tindakan seorang lelaki yang meninggalkan anak jirannya dalam sebuah kereta dengan keadaan enjin tidak dimatikan mengundang padah apabila kenderaan itu dilarikan oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di Taman Kota Masai, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata kejadian pada 2.57 petang itu berlaku ketika lelaki berkenaan berusia 35 tahun singgah di sebuah kedai, selepas solat Jumaat, sebelum pulang ke rumahnya.

"Pengadu meletakkan kereta di hadapan kedai dengan keadaan enjin masih hidup. Dia kemudian turun bersama dua anak lelakinya berumur empat dan enam tahun, sementara anak lelaki jirannya yang berusia tujuh tahun menunggu di dalam kenderaan.

"Ketika itulah kenderaan berkenaan dilarikan oleh individu tidak dikenali," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Ismail berkata pihak polis yang menerima laporan selepas itu telah menggerakkan operasi untuk mengesan kenderaan serta kanak-kanak terbabit.

"Hasil kerjasama dan maklumat orang awam, kanak-kanak itu akhirnya ditemui setelah dipercayai ditinggalkan suspek di Jalan Sentosa 4, Taman Nusa Damai iaitu lebih kurang 2.4 kilometer daripada lokasi kejadian.

"Kenderaan yang dilarikan suspek juga dijumpai berhampiran kawasan kanak-kanak itu ditemui," tambahnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan polis menasihatkan masyarakat agar bersikap lebih peka dalam memastikan keselamatan diri, keluarga dan harta terjaga daripada sebarang ancaman jenayah. - BERNAMA
 

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut