Skip to main content

Tergamak Ibu Bersubahat Dengan Teman Lelaki Dera Anak Berusia 5 Tahun


GEORGE TOWN: Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya kerana dipercayai telah mendera anak kandung wanita itu yang berusia lima tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Jelutong, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang memaklumkan wanita berusia 28 tahun dan teman lelakinya berusia 37 tahun ditahan pada jam 12 tengahari Sabtu lepas.

Beliau berkata, polis pada awalnya membuat serbuan di rumah berkenaan kerana mahu menahan suspek lelaki yang dikaitkan dengan kesalahan dadah.

Bagaimanapun ketika anggota polis membuat pemeriksaan lanjut di dalam bilik rumah berkenaan pihaknya menemui seorang kanak- kanak lelaki berusia lima tahun tinggal bersama pasangan itu.

Hasil pemeriksaan lanjut, anggota berkenaan mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam ditubuh kanak- kanak itu.

Berdasarkan siasatan awal, kanak- kanak itu memberitahu dia telah dipukul oleh ibunya dan juga lelaki yang dipanggil 'Daddy'.

Susulan itu, kedua- dua suspek ditahan dan pemeriksaan pihak hospital mengesahkan terdapat kesan lebam di bahagian muka, lengan kanan dan kiri, kaki kiri termasuk kesan luka lama pada bahagian kemaluan kanak- kanak akibat dipukul.

Ujian air kencing mendapati kedua- duanya positif dadah jenis morfin dan methamphetamine ketika ditahan.

Semakan juga mendapati suspek lelaki itu mempunyai 12 rekod jenayah lampau termasuk kes dadah manakala wanita itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Kedua- dua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001

Mangsa telah dimasukkan ke wad Hospital Pulau Pinang ( HPP) untuk pemeriksaan lanjut dan kini dipantau pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...