Skip to main content

Saya Hanya Mampu Melihat 3 Anak Ditetak.


BALING: Seorang bapa berdepan detik cemas apabila diacu parang sebelum sekumpulan 20 lelaki bertindak menetak tiga anak lelakinya yang sedang tidur dalam kejadian di Kampung Kuala Temekah dekat Kuala Ketil, Kedah awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.40 pagi, kumpulan lelaki bersenjata parang itu datang ke rumah mangsa bertindak memecah cermin tingkap rumah serta merosakkan kereta dan motosikal milik mangsa.

Menurut mangsa, R. Mogan, 54, dia terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi bising di luar rumah dan terkejut apabila mendapati lebih 20 lelaki bersenjata parang sedang mengepung rumahnya.

Katanya, kumpulan penyerang yang datang dengan menunggang 10 buah motosikal dan sebuah kereta itu kemudian bertindak merosakkan kereta dan motosikal serta memecah cermin tingkap dan pintu depan rumahnya.

Kumpulan itu kemudian menyerbu masuk ke dalam rumah dan mengacu parang ke arah dia dan isteri.

Penyerang itu kemudian menyerbu masuk ke dalam bilik dan menetak tiga anak lelakinya, M. Linges, 21; M. Devannayar, 20; dan M. Ramanayar, 19.

Mogan dan isteri hanya mampu melihat tiga anak ditetak serta mendengar jeritan anaknya menjerit meminta tolong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali memaklumkan ketiga-tiga mangsa parah akibat luka ditetak di bahagian badan, tangan dan kaki.

Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan.

Polis sedang mengenal pasti pihak terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.-Astro Awani

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut