Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab

Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab
PETALING JAYA – Tempoh hampir lapan jam Datuk Seri Najib Razak berada di luar kediamannya pada Jumaat bukan hanya untuk menunaikan solat Jumaat, malah turut membabitkan beberapa urusan lain termasuk pemeriksaan kesihatan, pengajian al-Quran dan sesi kaunseling. Jabatan Penjara dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung pergerakan bekas Perdana Menteri itu yang dilaporkan berada di luar kediamannya selama hampir lapan jam. Menurut kenyataan itu, pergerakan Najib bermula pada pukul 10.25 pagi dan berakhir pada 6.25 petang. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menghadiri janji temu pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik. Selain itu, Najib turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang sebelum mengikuti sesi pengajian al-Quran bersama ustaz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Penjara Kajang. Beliau turut menjalani sesi kaunseling bersama Pegawai Psikologi...

Maut Dipukul Kerana Tidak Bayar Gaji


PETALING JAYA: Seorang penyelia syarikat keselamatan menemui ajal selepas dipukul menggunakan topi keledar oleh pengawal keselamatan dalam kejadian di sebuah kondominium di Seksyen 13, di sini.

Mayat mangsa ditemui pada petang Isnin dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di tandas kakitangan pengawal keselamatan yang berkunci.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, siasatan awal mendapati mangsa dipukul menggunakan topi keledar oleh salah seorang pengawal keselamatan.

“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku Ahad lalu kira-kira jam 6 petang menunjukkan mangsa telah dipukul berkali-kali menggunakan topi keledar oleh pengawal keselamatan di dalam Bilik Kawalan Pengawal Keselamatan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohd Zani berkata sepasukan polis dari Unit jenayah Berat D9 Ibupejabat Polis Petaling Jaya kemudiannya telah menahan dua pengawal keselamatan warga Nepal dan seorang pengurus keselamatan warga tempatan di perkarangan kondominium itu bagi membantu siasatan.

“Hasil soal siasat mendapat pengawal berkenaan bertindak memukul mangsa disebabkan mangsa tidak membayar gaji kepada pengawal keselamatan disana,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - @Astro AWANI