Video rakaman kereta tersebut yang dipandu secara melawan arus telah menjadi tular di laman media sosial sejak semalam.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku sekitar dalam kira-kira jam 3.50 pagi pada Isnin.
Kenderaan tersebut dilihat dipandu di lorong tengah telah datang dari arah bertentangan sehingga hampir-hampir menyebabkan berlakunya satu kemalangan.
Kejadian rakaman tersebut telah disiarkan dalam laman Facebook Info Roadbloack JPJ/Polis yang diambil dari rakaman kamera papan pemuka kereta.
Walaubagaimanapun jenis kenderaan terbabit masih belum dikenal pasti lagi.