Skip to main content

Hasrat Mahu Tunai Umrah Tidak Kesampaian 😥😥


BEKAS pemain dram kumpulan rock legenda Search, Allahyarham Yazit Ahmad menyatakan hasrat mahu menunaikan umrah bersama anak bongsunya, Shafiqa Nurlis, 29.

Shafiqa berkata, perancangan bagi tujuan tersebut dilakukan pada bulan lepas, namun hasrat arwah tidak dapat dilaksana berikutan tahap kesihatannya tidak menentu.

Menurutnya, arwah ayahnya merupakan seorang yang tabah dan sentiasa berfikiran positif.

"Arwah ayah nak pergi umrah dengan saya. Tak apalah, selepas ini saya akan menunaikan impian arwah.

"Saya mewakili emak, memohon maaf kalau arwah pernah sakiti hati siapa-siapa. Segala hutang atau apa-apa yang ayah saya tak langsaikan lagi, berjumpalah dengan kami. Saya mohon maaf.

"Saya reda dengan ketentuan ALLAH. Sebenarnya saya belum bersedia kerana saya belum balas jasa arwah. Ayah ada berpesan supaya jaga emak dan abang," katanya ketika ditemui di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati hari ini.

Shafiqa berkata, kira-kira jam 3.40 pagi Selasa, dia dikejutkan ibu selepas ayahnya mengalami sesak nafas di rumah mereka di taman berkenaan.

Menurutnya, jantung ayahnya terhenti ketika dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) sebelum diberikan bantuan pernafasan (CPR) oleh kakitangan hospital sebaik tiba di unit rawatan kecemasan.

"Pada petang semalam, doktor pakar sudah beritahu kepada keluarga untuk bersedia terhadap sebarang kemungkinan kerana dalam badan ayah sudah tiada oksigen dan aliran darah ke otak sudah berhenti.

"Tepat jam 11.53 pagi tadi, ayah menghembuskan nafas terakhir selepas mesin bantuan oksigen dicabut.

"Jumaat lepas, ayah ada cakap 'adik, lepas ini papa tak nak masuk hospital dah'.

"Arwah ada cakap dia nak rehat. Pada hari itu (Jumaat), saya sempat bawa dia pergi makan nasi ayam sebab dia teringin nak makan," katanya.

Dalam pada itu Shafiqa berkata, dia bersyukur apabila tiga rakan arwah yang juga ahli kumpulan Search hadir menziarahi bapanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL malam tadi.

"Sedikit mengejutkan malam semalam, walaupun kita tak maklumkan tapi Uncle Kid, Uncle Din dan Uncle Nasir datang. Alhamdulillah.

"Walau apa pun yang selama ini terjadi kepada mereka tapi itu antara dia dengan band (kumpulan). Sebenarnya, silaturahim mereka tak pernah putus," katanya.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 57 tahun meninggalkan seorang isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...