Artis Wanita Sering Pamer Kemewahan, Lari Tak Bayar Sewa Rumah.


China - Kecoh apabila seorang artis wanita yang sering mempamerkan kemewahannya di media sosial dikatakan telah melarikan diri selepas gagal melunaskan sewa apartment serta meninggalkan kediaman yang disewanya penuh dengan kekotoran.

Artis cantik yang berasal dari China dikenali sebagai Lisa Li menjadi topik hangat perbincangan di media sosial selepas tuan rumah apartment yang di sewanya itu telah mengongsikan keadaan rumahnya selepas ditinggalkan oleh Lisa.

Lisa yang kelihatan cantik luarannya ternyata memiliki sikap buruknya yang disorokan daripada pengikutnya.

Lisa Li merupakan seorang blogger dengan lebih dari 1.1 juta pengikut di laman web Weibo yang sering mempamerkan percutian mewah, pesta, dan juga makanan yang mewah yang sering dia nikmati.

Namun segalanya terbongkar selepas Non Chen yang merupakan pemilik apartment yang didiami
Lisa membongkarkan segala kebenaran mengenai sikap buruk Lisa kerana menunggak pembayaran sewa apartmentnya.

Nona Chen sempat menghubungi Lisa untuk melangsaikan segala hutang sewa apartment tetapi panggilan telefon dari Nona Chen tidak pernah berjawab oleh Lisa menyebabkan dia langsung mengambil keputusan membuka apartment berkenaan serta membuat video keadaan apartment selepas didiami oleh Lisa.

Chen sememangnya tahu bahawa sejak Lisa tinggal di apartment miliknya, semua barang keperluan mula rosak dan terdapat banyak kotoran di setiap sudut ruangan.

Kelihatan tidak ada yang bersih dan terdapat banyak sekali kotoran di setiap sudut ruangan malah Chen juga amat terkejut melihat banyak barangan dan keadaan apartmentnya yang rosak.

Setelah berkongsikan video itu, Chen dikatakan akan membuat laporan mengenai Lisa Li ke balai polis atas kesalahan merosakkan harta benda miliknya.

Banyak pengikut Weibo Lisa yang berhenti mengikuti Lisa selepas video berkenaan tular dan sebaliknya kembali menyerang artis berkenaan serta lebih dari 60 ribu penggemar Lisa menulis akan berhenti mengikutinya.
Setelah video yang Chen muat turun telah menjadi viral, Lisa langsung meminta maaf kepada orang ramai dan berjanji kepada Chen untuk membersihkan semula apartmentnya.

Kemewahan yang sering ditunjukkan

Sudut yang penuh dengan kekotoran ditinggalkan