Skip to main content

4 Individu Sebar Posting Agama Dan Kaum Ditahan Polis


Tiga lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan polis pada Rabu, kerana disyaki terlibat dalam penyebaran hantaran berkaitan isu agama dan perkauman di media sosial baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata tangkapan pertama melibatkan seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Zahrein Zakariah.

Lelaki itu ditahan pada kira-kira 2.45 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan peralatan digital yang digunakan untuk memuat naik hantaran yang menghina Nabi Muhammad SAW pada 9 Julai lepas, juga telah dirampas.

Selain itu, tangkapan kedua juga melibatkan seorang lelaki yang ditahan di Pelabuhan Klang, juga pada hari yang sama, kerana disyaki memuatnaik hantaran menghina orang Melayu pada 16 Ogos lepas.

Huzir berkata suspek ditahan pada kira-kira pukul 5 petang dan polis merampas beberapa peralatan digital yang digunakan suspek memuatnaik posting ke Facebook.

Huzir berkata tangkapan ketiga adalah seorang wanita tempatan yang ditahan di Seremban 3, Negeri Sembilan kerana dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW menggunakan nama Ain Zafirah atau Nia Fira di laman Facebook miliknya pada 8 September lepas.

"Suspek ditahan pada kira-kira pukul 4.30 petang Rabu dan beberapa peralatan digital yang digunakan memuat naik posting ke laman sosial juga dirampas," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata suspek keempat yang ditahan adalah seorang lelaki tempatan disyaki memuat naik sebuah video mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan di laman Youtube.

Huzir berkata lelaki itu menggunakan nama akaun Youtube Arunaikiri ditahan di Kelana Jaya dan polis turut merampas beberapa peralatan digital yang digunakan merakam serta memuat naik video itu di laman berkenana juga telah dirampas.

"Kesemua tangkapan ini adalah hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang telah membantu mengesan pemilik-pemilik akaun laman sosial berkenaan.

"Kesemua suspek direman selama tiga hari mulai hari ini sehingga Sabtu, manakala bagi kes Arunakiri pula suspek direman selama dua hari mulai hari ini sehingga esok, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi," katanya.

Oleh yang demikian, PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang posting atau berkongsi perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti agama, perkauman dan institusi Diraja di mana-mana laman sosial. - Bernama

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut