Powered by Blogger.

Thursday, August 22, 2019

23.08.19 Genab 11 Tahun, Tarikh Yang Tidak Dapat Dilupakan 😭😭😭


23 OGOS 2008 adalah antara tarikh yang pastinya tidak dapat dilupakan oleh penyanyi dan pelakon Safura Ya'cob. Tarikh seorang ibu yang melahirkan anaknya, Nur Aisyah Mariam.

Nur Aisyah merupakan anak sulung hasil perkongsian hidupnya dengan suami, pelakon Sharonizam Noor. Namun, Allah SWT lebih menyayangi Nur Aisyah.

Nur Aisyah meninggal dunia pada September 2011 akibat demam panas ketika berusia tiga tahun.

"Sangat rindu... pasti akan aku cium baju terakhir yang arwah pakai.. akan aku cium sepuasnya.. dan menangis semahunya... sehingga lelah itu habis...

"Tunggu mama... jangan lupa cari mama nanti," coret Safura pada sekeping gambar Nur Aisyah yang dimuat naik di Instagramnya.

Sebelum menyertai Gegar Vaganza (GV) musim kelima, Safura pernah memberitahu dia sudah lama tidak menyanyi pada acara besar selepas kehilangan anaknya itu.

Masanya banyak diperuntukkan bersama keluarga di rumah.

Semoga Safura dan suami sentiasa tabah. - Astro AWANI