Video: Wanita Ini Terima Padah Gara-Gara Tampar Imigresen


Seorang wanita warga negara Britain dipenjara enam bulan atas kesalahan menampar pegawai Imigresen negara itu.

Wanita itu disabit melakukan kesalahan tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali.

Auj-e Taqaddas, 42, didakwa menjerit dan menyumpah seorang pegawai lelaki setelah ditegur mengenai dokumen visa yang tamat tempoh.

Taqaddas disabitkan kesalahan bertindak kasar terhadap pegawai bertugas apabila memaki hamun dan menampar pegawai itu di muka sambil cuba merampas pasportnya daripada pegawai berkenaan.

Wanita itu kini dipenjara enam bulan namun mendakwa hukumannya tidak adil.

Ketika di mahkamah, wanita itu menuduh pendakwa raya menderanya dan memaksa tinggal di negara itu, sebelum kenyataan itu dinafikan sekeras-kerasnya. - Agensi