Skip to main content

Lelaki Ditahan Susulan Penemuan Mayat Siti Masitoh


Polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat kanak-kanak perempuan di padang ragut Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan dekat Kuantan, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek yang mengesahkan penahanan itu, berkata suspek dipercayai merupakan individu terakhir dilihat bersama mangsa.

Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu sehingga selesai proses bedah siasat ke atas mayat tersebut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, esok.

"Setakat ini, saya hanya boleh mengesahkan suspek direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen," katanya ketika dihubungi di Kuantan hari ini.

Amran berkata identiti mayat dikatakan kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Siti Masitoh Ibrahim, 11, yang dilaporkan hilang sejak 30 Jan lalu, itu juga masih tidak boleh disahkan.

"Polis menerima laporan daripada seorang wanita Kemboja yang tiada dokumen pengenalan diri mengenai kehilangan anaknya selepas kali terakhir dilihat menaiki motosikal bersama seorang lelaki pada 30 Jan lalu.

"Bagaimanapun, sama ada mayat ditemui adalah sama dengan mangsa hilang belum dapat disahkan sehingga laporan keputusan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dibuat," katanya kepada pemberita di Kuantan, hari ini.

Amran berkata berdasarkan laporan ibu kanak-kanak itu, anaknya juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Katanya, setakat ini kes tersebut masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperoleh.

Media hari ini, melaporkan penemuan mayat itu yang difahamkan berada dalam keadaan tidak sempurna oleh orang kampung, di kawasan semak terletak kira-kira 200 meter dari jalan utama.

Sehubungan itu, seorang wanita daripada komuniti Kemboja di Pekan, mendakwa mayat itu anak ketiganya daripada empat beradik yang dikenalinya berdasarkan pakaian pada mangsa.- Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...