Abang Ajai Meninggal Dunia Pagi Tadi.


ABANG sulung komposer dan penyanyi Ajai, Feroz Maas meninggal dunia akibat kanser prostat jam 10.27 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

Ajai berkongsi khabar mendukacitakan itu menerusi akaun Instagramnya tengah hari tadi.

"Assalammualaikum semua Jumaat penuh barakah, saya minta pertolongan.

"Kita sedekahkan al-Fatihah pada arwah Feroz Maas, abang sulung saya yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

"Allah lebih menyayanginya. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengampun segala dosa-dosanya," tulis Ajai. - Astro AWANI