Skip to main content

Video Wanita Diserang Kerbau Ketika Berjalan


China - Seorang wanita terpaksa melalui detik-detik yang amat menakutkan dalam hidupnya serta mengalami kecederaan selepas dirinya telah diserang oleh seekor kerbau.

Kerbau terbabit dikatakan telah melarikan diri dari sebuah rumah yang terletak di Provinsi Jiangsu ketika hendak di sembelih sebelum bertindak menyerang wanita terbabit yang sedang berjalan melintasi kawasan berkenaan.

Wanita tersebut yang mengenakan baju berwarna merah telah cuba melarikan diri dengan berjalan menuju ke sebuah restoran Cina tetapi haiwan berkenaan malah terus mengikuti serta bertindak menyerangnya serta seorang pelayan yang turut berada di dalam kedai terbabit.

Menerusi rakaman CCTV dari restoran di bandar Yancheng di Wilayah Jiangsu Timur China yang bersempadan dengan Shanghai menunjukkan seorang lelaki sedang berdiri di dalam sebuah restoran sebelum dia tiba-tiba terdengar jeritan yang datang daripada jalanan.

Kemudian rakaman tersebut menunjukkan seorang wanita yang sedang berlari memasuki kedai sebelum kerbau terbabit bertindak menyerang wanita berbaju merah itu serta pelayan restoran tersebut dengan menghentam kedua-dua mereka sehingga jatuh ke lantai.

Wanita tersebut kedengaran menangis dalam ketakutan akibat daripada kejadian yang baru menimpanya sehinggakan dia tidak dapat bangkit dari lantaai walaupun selepas haiwan berkenaan telah berpaling meninggalkan restoran tersebut.

Seorang lelaki yang didakwa sebagai pemilik haiwan berkenaan dikatakan dilihat telah mengikuti haiwan tersebut ke restoran sebelum berlari selepas ia meninggalkan restoran berkenaan.

Menurut laporan, haiwan berkenaan telah melarikan diri dari sebuah rumah sembelihan yang terletak berhampiran kawasan kejadian dalam ketakutan berkemungkinan akibat daripada proses penyembelihan yang bakal dialaminya.

Haiwan berkenaan dikatakan berlari tanpa kawalan sebelum bertembung dengan wanita tersebut yang mengenakan baju berwarna merah serta mengikutinya sehingga ke restoran sebelum menyerangnya.

Walaubagaimanapun, haiwan berkenaan dikatakan telah pun disembelih malah menurut pihak berkuasa tempatan memberitahu bahawa wanita tersebut telah menerima tiga jahitan di mulutnya akibat kejadian terbabit manakala segala kos rawatannya akan dibayar oleh pemilik kerbau terbabit. - Daily Mail

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...