Rakaman Suara Sahkan Elvis Presley Masih Hidup


Spekulasi Elvis Presley masih hidup terus menjadi perdebatan susulan kewujudan rakaman suara yang mirip Raja Rock & Roll itu yang mengesahkan kematiannya pada Ogos 1977 telah dipalsukan.

Daily Star melaporkan rakaman tersebut telah dikongsi di laman sosial Facebook di akaun ‘Evidence Elvis Presley is Alive’.

Dalam klip tersebut, lelaki berkenaan bercerita bagaimana Biro Siasatan Persekutuan (FBI) melindungi dirinya daripada organisasi pembunuhan yang dipanggil ‘The Fraternity’.

“Kami terlibat dengan mereka yang berkuasa dan mampunyai kuasa daripada sesiapa yang pernah kita hadapi sebelum ini. Saya bercakap tentang kuasa besar.

“Jadi untuk melindungi diri saya dan keluarga, saya melakukan apa yang perlu dilakukan,” ujarnya. -Utusan Online