Kerana Menghasut, Ahmad Dhani Dihukum Penjara 18 Bulan


Majlis Hakim Mahkamah Negeri (PN) Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas artis terkenal, Ahmad Dhani, lapor media Indonesia.

Ketua majlis berkenaan. Ratmoho menjatuhkan hukuman tersebut ekoran tiga entri Ahmad Dhani di laman Twitter yang berbaur hasutan dan membangkitkan rasa kebencian terhadap individu dan kumpulan.

Serentak itu, Majlis Hakim memerintahkan Ahmad Dhani yang juga pengasas dan ketua Kumpulan Dewa 19 ditahan.

Ahmad Dhani dan Dewa 19 bakal mengadakan konsert reunion di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 Februari ini. - Astro AWANI