Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab

Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab
PETALING JAYA – Tempoh hampir lapan jam Datuk Seri Najib Razak berada di luar kediamannya pada Jumaat bukan hanya untuk menunaikan solat Jumaat, malah turut membabitkan beberapa urusan lain termasuk pemeriksaan kesihatan, pengajian al-Quran dan sesi kaunseling. Jabatan Penjara dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung pergerakan bekas Perdana Menteri itu yang dilaporkan berada di luar kediamannya selama hampir lapan jam. Menurut kenyataan itu, pergerakan Najib bermula pada pukul 10.25 pagi dan berakhir pada 6.25 petang. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menghadiri janji temu pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik. Selain itu, Najib turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang sebelum mengikuti sesi pengajian al-Quran bersama ustaz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Penjara Kajang. Beliau turut menjalani sesi kaunseling bersama Pegawai Psikologi...

Cari Pelangan Di Hotel Tiga Wanita Didakwa


Tiga wanita warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan mencari langganan bagi maksud persundalan pada dua minggu lalu.

Dua daripada mereka masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga bulan manakala seorang lagi didenda RM2,300 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Tertuduh yang hanya dikenali sebagai Renny, 25, dan Hardiyanti, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh manakala Nurma Linda, 31, dituduh dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh masing-masing didapati bersalah mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah hotel di Jalan Munshi Abdullah di sini kira-kira pukul 2.30 petang pada 14 Januari lalu.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari dan Intan Lyiana Zainal Abidin sebelum itu memohon hukuman setimpal diberikan, selain diserahkan kepada Jabatan Imigresen sebaik selesai menjalani hukuman.

Ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman ringan dikenakan dengan alasan mempunyai tanggungan di kampung halaman.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas Renny dan Hardiyanti manakala Nurma didenda sebanyak RM2,300 atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut. - Utusan Online