Skip to main content

10 Gambar 'Gadis Kerbau Pink' Tenang Bersama Awang


KUALA NERUS: Bagi Nadia, berada di samping Awang memberikannya satu ketenangan dan kegembiraan yang cukup luar biasa.

Keakraban gadis berusia 17 tahun yang memakai nama penuh Nadia Khairun Nisa Yusof ini, dengan Awang, tidak ubah seperti kata pepatah 'bagai isi dengan kuku'.

Masakan tidak, Nadia sudah bergelumang dengan Awang sejak bapanya, Yusof Mohammad, 47, membeli Awang, seekor kerbau balar berwarna merah jambu yang ketika itu baru berumur setahun, dari seorang penternak di Kuala Berang hingga Nadia mendapat jolokan 'Gadis Kerbau Pink'.

Kerbau itu yang kini sudah berusia enam tahun bagai sudah memahami makna setiap gerak geri Nadia, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong di sini, apabila mereka bersama.

"Awang ni memang rapat sungguh dengan saya... sebab dah jadi rakan sepermainan kira-kira enam tahun lalu... dah jadi rutin setiap kali lepas balik sekolah pukul 3 petang, Awanglah yang saya akan tujui dulu di kandang.

Selepas menguruskan diri sendiri, Nadia kembali memberi perhatian kepada Awang.

"Saya beri dia makan, mandikan dia, bawa dia ke padang untuk meragut rumput dan berkubang sebelum balik ke rumah menjelang senja.

"Kalau tak jumpa Awang sehari saya rasa macam kehilangan sesuatu, tak senang duduk," kata Nadia.

"Tak dapat saya bayangkan perasaan jika terpaksa berpisah dengannya suatu hari nanti," kata anak kedua dari empat beradik itu ketika ditemui Bernama di kandang kerbau milik bapanya di Kampung Gemuruh, di sini.

Foto Nadia beraksi bersama Awang mencuri perhatian netizen selepas beberapa keping foto seorang lagi kanak-kanak, Syukor Khamis, 14, bersama sekawan kerbau peliharaan bapanya tular baru-baru ini.

Foto yang dikongsi di laman Facebook Amazing Terengganu itu sekali lagi mendapat perhatian ramai kerana keunikan Awang yang bukan sahaja bertubuh 'sado' dengan berat 760 kilogram, tetapi juga berwarna merah jambu, berbeza dengan warna biasa kerbau yang kelabu tua dan hitam.

Lebih istimewa, Nadia yang merupakan generasi kelima keluarga penternak kerbau di kampung itu turut mempunyai kemahiran melapah daging kerbau, lembu dan rusa yang dipelihara bapanya untuk dijual kepada pelanggan.

Ditanya apakah dia tidak bosan dengan rutin hariannya bergelumang dengan haiwan itu, Nadia yang bercita-cita menjadi doktor haiwan berkata itu lebih memberi ketenangan dan kegembiraan padanya berbanding aktiviti sesetengah gadis seusianya yang lebih berminat menjaga kecantikan dan berinteraksi di media sosial.

"Dok rajin (suka) pun main handphone... tapi guna bila perlu saja... sebab menghabiskan masa bersama Awang dan anaknya Putih.

"Ibu dan bapa pun lebih senang hati lihat saya menghabiskan masa di kandang berbanding melakukan perkara kurang berfaedah.." katanya yang turut aktif dalam sukan bola jaring di sekolahnya.

Sementara itu, Yusof berkata hanya Nadia yang betul-betul berminat menjaga kesemua haiwan ternakannya berbanding anak-anak yang lain sehinggakan Awang yang dahulu agak liar berjaya dijinakkan oleh Nadia.

"Tidak ada rahsia atau kemahiran tertentu yang saya ajar padanya untuk jinakkan Awang, tapi yang saya tahu, Nadia memang suka dengan kerbau 'pink' ini sejak hari pertama saya bawa balik ke kandang ini," kata Yusof. - BERNAMA
 








Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...