Skip to main content

Tolong Jangan Tambah Derita Elyana Lagi.




PELAKON, Sherry Ibrahim, 35, yang juga teman rapat penyanyi, Elyana, meminta supaya netizen berhenti menulis komen negatif kepada rakan artis yang juga teman rapatnya, Elyana.

Menurut Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, setiap kata-kata netizen itu melukakan hati Elyana yang sedang bertarung dengan penyakit kanser limfoma tahap empat.

“Saya rapat dengan dia sejak 2006, namun tak pernah nampak dia berada dalam keadaan sakit. Jadi, bila kita semua tahu dia sakit, saya harap, janganlah ditambah lagi beban kepadanya dengan menulis komen-komen yang tidak sepatutnya,” katanya kepada Harian Metro.

Semalam, Sherry turut memuat naik video meminta supaya netizen mendoakan kesejahteraan penyanyi itu.

“Saya sangat mengambil berat (kepada Elyana) dan saya tahu, dia adalah manusia yang sangat kuat.

“Apa yang baik adalah, doakan supaya dia cepat sembuh dan sekarang, bukanlah masa yang sesuai untuk memberikan nasihat yang tidak bersesuaian.

“Kalau anda ada hati yang baik, tolong jangan buat begitu (menulis komen negatif),” katanya dalam video berkenaan.

Elyana juga kini sudah menyahaktifkan akaun Instagramnya kerana tidak mahu berdepan komen-komen netizen.

“Saya dapat tahu, sejak petang semalam lagi dia sudah nyakaktifkan akaun Instagramnya. Mungkin dia tak mahu melihat komen-komen yang menyakitkan hatinya.

“Jadi, saya sendiri sebagai teman rapatnya meminta kalian supaya memberikan ruang kepadanya,” katanya.

Kali terakhir Sherry bertemu dengan Elyana adalah pada Khamis lalu di hospital.

“Khamis lalu, saya bertemunya dan pada waktu itu, dia baru saja selesai menjalani rawatan radioterapi. Alhamdulillah, keadaan dia nampak baik,” katanya. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...