Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab

Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab
PETALING JAYA – Tempoh hampir lapan jam Datuk Seri Najib Razak berada di luar kediamannya pada Jumaat bukan hanya untuk menunaikan solat Jumaat, malah turut membabitkan beberapa urusan lain termasuk pemeriksaan kesihatan, pengajian al-Quran dan sesi kaunseling. Jabatan Penjara dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung pergerakan bekas Perdana Menteri itu yang dilaporkan berada di luar kediamannya selama hampir lapan jam. Menurut kenyataan itu, pergerakan Najib bermula pada pukul 10.25 pagi dan berakhir pada 6.25 petang. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menghadiri janji temu pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik. Selain itu, Najib turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang sebelum mengikuti sesi pengajian al-Quran bersama ustaz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Penjara Kajang. Beliau turut menjalani sesi kaunseling bersama Pegawai Psikologi...

Hishammuddin Sedia Bantu Cari Jho Low Isu 1MDB


Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara peribadi akan membantu mencari ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low bagi menyelesaikan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jelas Ahli Parlimen Sembrong itu, beliau akan menggunakan hubungannya sebelum ini dengan pemimpin-pemimpin China untuk mencari Jho Low sekali gus membawanya pulang bagi berdepan muka pengadilan.

"Jika Jho Low berada di China, secara peribadi saya akan ke sana untuk mencari dan membawa beliau balik dan ke muka pengadilan.

"Kalau beliau masih lagi berada di luar negara saya rasa kes 1MDB ini tidak akan selesai. Ini tiada kaitan dengan permintaan Putrajaya, saya masih ada hubungan dengan pimpinan negara China, jika benar Jho Low ada di china, saya nak pastikan bahawa beliau dikembalikan untuk dihadapkan ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Tambah Hishammuddin, beliau konsisten dalam isu 1MDB iaitu mahu mencari kebenaran mengenainya.

"Jika Jho Low seseorang yang perlu kita bawa ke muka pengadilan, kalau saya boleh bantu, saya akan lakukannya," katanya.-UTUSAN ONLINE