Skip to main content

Waran Tangkap Jho Low Dan Bapanya


Polis telah memfailkan pertuduhan jenayah terhadap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) dan bapanya, "dalam ketiadaan mereka", atas dakwaan penyelewengan wang 1MDB, lapor The Edge hari ini.

Menurut portal dalam talian penerbitan perniagaan itu, Low dan bapanya Larry Low Hock Peng dikenakan tuduhan pengubahan wang haram oleh Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersial (CCID) dan Jabatan Peguam Negara (AGC), di Mahkamah Sesyen di Putrajaya pagi ini.

Waran tangkap juga dikeluarkan kepada kedua anak dan bapa ini, kata laporan itu. Kini pertuduhan ini akan membolehkan kerajaan untuk memohan perintah ekstradisi terhadap mereka di mana sahaja mereka kini bersembunyi.

Laporan itu memetik sumber dalam bidang perundangan, yang menyifatkan pemfailan tersebut sebagai langkah penting, berkata: "Dengan pemfailan pertuduhan itu, langkah seterusnya adalah untuk mendapat perintah ekstradisi."

Menurut laporan itu lagi, Jho Low dan keluarganya dipercayai bersembunyi di China atau Abu Dhabi.

Dokumen mahkamah yang dilihat oleh The Edge menyatakan bahawa Jho Low telah dikenakan lapan tuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan, 2001 (Akta 613) - tiga daripadanya kerana menerima wang dan baki lima pertuduhan disebabkan memindahkan wang tunai.

Bapa Jho Low pula menghadapi satu pertuduhan memindahkan AS$ 56 juta (RM230 juta) kepada anaknya.

Jumlah yang terlibat dalam urus niaga tersebut adalah kira-kira AS$ 261 juta (lebih RM1 bilion) untuk penerimaan wang dan AS$ 196 juta (kira-kira RM805 juta) untuk pemindahan wang tunai - semuanya telah dilakukan melalui akaun berasingan di Bank BSI Singapura antara Disember 2013 dan Jun 2014.

Menurut The Edge, sebahagian besar wang tunai itu digunakan untuk membeli kapal persiaran mewah Equanimity bernilai AS$ 250 juta (RM1 bilion), yang kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa Malaysia, selepas diserahkan oleh rakan sejawatannya dari Indonesia pada awal bulan ini.

Laporan itu menyatakan bahawa tindakan ini merupakan pertuduhan jenayah pertama yang difailkan terhadap Low, di mana sahaja di dunia.

Jabatan Keadilan (DOJ) AS sebelum ini telah memfailkan siri saman sivil untuk mendapatkan semula aset yang dibeli dengan wang yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Terdahulu hari ini, Jho Low dalam satu kenyataan berkata bahawa 'tindakan' Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjual Equanimity, yang diyakini Low sebagai miliknya, telah bersuara kerajaan kini bersedia menjual kapal pada harga diskaun kerana kos penyenggaraan yang menelan ratusan juta ringgit.

Permohonan 1MDB untuk menjual Equanimity dengan segera akan didengar Sherif di Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur petang ini. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...