Skip to main content

Umno Tak Boleh Buang Masa Pertahan Najib Yang Kini Berdepan 7 Tuduhan Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram


Isu skandal bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi manjadi topik dikalangaan pemimpin Umno apabila Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu tidak boleh lagi membuang masa mempertahankan Najib.

Menurut laporan Malaysiakini, Annuar Musa berkata Najib yang kini berdepan tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram sebagai beban yang tidak lagi boleh dipikul Umno sekarang.

“Kami perlu teruskan perjalanan ini. Kami tidak akan tunggu. Kami tidak akan bazirkan masa mempertahankan Najib.

“Kami dalam Umno tidak boleh bawa beban ini selamanya. Perlu diputuskan. Jika ini semua tanggungjawab beliau (Najib)," katanya (gambar) seperti dipetik The Malaysian Insight.

Annuar Musa berkata sehari selepas Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Najib tetap perlu dihormati.

Ketua pembankang mengulas kenyataan Johari yang berkata Najib tidak seharusnya berkempen untuk BN di PRK Sungai Kandis minggu lalu.

Semalam Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyifatkan Najib tidak harus datang berkempen di Sungai Kandis kerana bekas presiden Umno sedang berhadapan pertuduhan rasuah dan ia mungkin membawa tanggapan negatif terhadap Umno dan rakyat Malaysia.

Sebelum Barisan Nasional kalah, Datuk Seri Johari Abdul Ghani merupakan Menteri Kewangan II yang dilantik oleh Najib semasa beliau berkuasa.

Johari turut berkata era zanan Najib telah berakhir dan parti itu perlu mengorak langkah ke hadapan serta berubah selepas UMNO kalah ketika pilihan raya umum ke-14

Menurut Annuar Umno perlu menumpukan usaha membina semula parti itu kerana ia lebih penting daripada mempertahan Najib.

“Najib hanya satu orang, tidak ada orang yang amat diperlukan. Najib bukan lagi presiden parti, bagi saya beliau hanya ahli parti. Sama ada orang sokong dia atau tidak, ia tidak penting.

"Parti lebih penting berbanding mana-mana individu. Najib sudah melepaskan semua jawatannya dan kini parti di bawah pentadbiran baru. Kami akan buat dengan cara baru.

"Kami tidak akan tunggu Najib selesaikan kesnya di mahkamah,” kata anggota parlimen Ketereh itu lagi.

Sebelum ini Setiausaha Agung Umno itu orang yang paling lantang membela Najib dalam berhubung skandal 1MDB sebelum kekalahan BN pada PRU ke-14, namun kini Annuar tidak lagi membela Najib.

Menurut Annuar Musa lagi dulu pemimpin Umno bertanggungjawab mempertahankan Najib kerana beliau adalah perdana menteri dan presiden parti, tapi sekarang tidak.

"Saya fikir ia sangat mudah. Najib dulu perdana menteri dan presiden parti. Bila ada kontroversi, kami ada etika asas tertentu, amalan dan juga tradisi.

"Ada prinsip tanggungjawab kolektif dan kecenderungan untuk meragui kepimpinan tertinggi berkenaan perkara tertentu," katanya.

Berhubung penglibatan Najib di Sungai Kandis, bukan Umno yang undang Najib ke Sungai Kandis, najib hadir atas jemputan calon BN Datuk Lokman Noor Adam.

"Apabila kita semak, calon kita Lokman yang jemput dia. Kita tidak halang (Najib) kerana dia ahli parti.

"Hendak kata strategi utama kita ialah menjadikan Najib sebagai jurukempen utama adalah salah. Itu saya boleh jamin, bukan strategi kita. Keputusan kita ialah kempen di Sungai Kandis tanpa Najib," katanya. - Malaysiakini.

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...