Skip to main content

Saya Tidak Tahu Tentang Rosmah, Saya Baru Tahu Duit RM100 Juta.


Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyatakan rasa terkejut dengan nilai rampasan di kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah beliau sendiri tidak pernah mengetahui Najib dan isterinya, Rosmah Mansor memiliki barangan mewah sebanyak itu.

“Saya tidak tahu tentang Rosmah. Saya tak tahu SRC International Sdn Bhd (SRC).

"Jadi kita kena benarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk buat penyiasatan dan kalau ada kes prima facie, dakwalah.

“Saya baru tahu duit RM100 juta, takkan saya nak marah perdana menteri kalau dia buat macam tu (siasat). Itu sahaja,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Pada bulan Jun, polis melakukan beberapa siri serbuan di kediaman yang dikaitkan dengan Najib dan merampas pelbagai barangan mewah dan wang tunai berjumlah RM116.7 juta dalam 26 mata wang.

Barangan yang dirampas terdiri daripada 567 beg tangan mewah, 423 jam tangan, 234 cermin mata hitam dan lebih 10,000 unit barang kemas yang mengikut pasaran dianggarkan antara RM910 juta dan RM1.1 bilion.

Najib kini menghadapi tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Nazri yang pernah lantang mempertahankan Najib berkata sebelum ini beliau sentiasa percaya dengan apa yang dinyatakan oleh presiden parti.

“Terkejut saya. Sebab saya percaya kita sebagai ahli parti (kena sokong). Macam zaman Dr Mahathir dululah. Dia (Mahathir) presiden apa dia cakap, kita tak siasat dah.

"(Mahathir) tuduh Anwar begitu begini kita setia, begitu juga Pak Lah dan Najib, kalau apa yang mereka tak cerita pada kita, kita sokong.

“Saya pilih untuk tak cakap banyak sebab saya nak tengok apa lagi yang akan keluar dan tiada kesalahan yang dibuat oleh perdana menteri. Dan (saya) tak sokong sekiranya duit rakyat dihilangkan,” katanya.

Ditanya mengenai kelantangnya sebelum ini dalam mempertahan Najib, Nazri berkata beliau sudah lama berada dalam kerajaan dan agak sukar menjadi pembangkang.

“Saya pernah duduk dalam kerajaan tapi selepas 28 tahun saya nak bangkang kerajaan susahlah melainkan mereka ada buat kesalahan.

"Saya tiada budaya menentang perdana menteri, itu bukan budaya saya.

“Saya rasa rakyat telah buat keputusan kita macam pada PRU14, kita lawanlah jadi selepas election, keputusan sudah dibuat.

"Nak lawan pasal apa lagi, beri peluang tunggulah dua tahun sebelum PRU kita tengoklah nanti,” katanya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...