Skip to main content

RM3.5 juta Itu Duit Umno - Najib


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa duit bernilai RM3.5 juta yang dicuri oleh 17 pengawal keselamatan di Pejabat Perdana Menteri adalah milik Umno.

Menurut laporan Malaysiakini, Najib berkata beliau seakan tidak dapat mempercayai bahawa suspek terbabit tergamak mengambil wang berkenaan selepas mereka diamanahkan menjaganya pada malam pilihan raya umum ke 14.

"Saya juga membaca laporan-laporan berita bahawa pihak berkuasa mengakui wang RM3.5 juta itu ialah dana PRU Umno yang berada di bekas pejabat saya serta di luar bilik yang selamat di PMO.

"Kalau pihak berkuasa tahu itu adalah dana Umno, maka mereka juga tentu tahu bahawa RM114 juga yang disita polis di apartmen dulu datang dari bilik selamat dibina Dr Mahathir (Mohamad) di PMO juga," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Najib yang kini ketua bahagian Umno Pekan berkata wang tunai yang dirampas itu dipindahkan secara tergesa-gesa dari Pejabat Perdana Menteri ke apartmen terbabit.

Sebelum ini 17 pengawal keselamatan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana.

Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membabitkan jutaan ringgit.

Pengawal keselamatan terbabit ditugaskan mengawasi bangunan utama menempatkan PMO di Putrajaya, bagaimanapun mereka disyaki melarikan wang berkenaan selepas mengetahui Barisan Nasional kalah. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...