Skip to main content

PAS Harap Kerjasama Dengan UMNO Di Seri Setia


Pas amat berharap pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia supaya ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) dapat memebrikan sokongan penuh kepada calonnya.

"Kerjasama antara kedua-dua parti itu yang dimulakan ketika PRK DUN Sungai Kandis perlu diteruskan pula di PRK DUN Seri Setia", kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi.

Walaupun Pas dan Umno tidak pernah mengumumkan secara rasmi sebarang gabungan mahupun tahluf siyasi tetapi persefahaman tersebut adalah dasar demi agama Islam.

Menurut Sallehen lagi, kerjasama serta persefahaman yang telah terjalin ketika PRK Sungai Kandis tersebut perlu diteruskan pula di PRK DUN Seri Setia walaupun ianya adalah satu bentuk kerjasana yang baharu bagi kedua-dua ahli parti itu.

Atas sebab tersebut, PAS meminta kepada ahli UMNO dan BN supaya memberikan undi kepada calon PAS yang akan bertanding di Seri Setia nanti.

Namun begitu Sallehen memberitahu bahawa PAS masih lagi berbincang berhubung isu calon yang bakal ditampilkan oleh mereka ketika PRK DUN Seri Setia itu nanti.

"Ianya masih belum dibincangkan lagi kerana masih terlalu awal untuk tentukan siapa calon yang bakal diletakkan malah SPR pun belum tentukan tarikh lagi", katanya lagi.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan memberitahu bahawa BN akan memberikan laluan kepada PAS untuk meletakkan calon untuk bertanding pada PRK DUN Seri Setia.

Menurut Mohamad, persefahaman yang terjalin antara kedua-dua parti adalah satu titik permulaan dalam gerakan politik baharu dalam era Malaysia baharu.

Malah persefahaman Umno-Pas pada PRK DUN Sungai Kandis tersebut dikatakan merupakan titik permulaan dalam mmeperjuangkan Islam dan Hak orang Melayu serta Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Kerusi DUN Seri Setia yang di sandang oleh Prof Dr Shaharuddin Baharuddin telah kosong selepas beliau meninggal dunia pada Khamis lalu di Hospital Putrajaya, akibat barah usus. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...