Skip to main content

Liwat Dalam Penjara, Warga Nepal Dipenjara 10 Tahun Dan 3 Sebat


Sungai Buloh - Seorang banduan lelaki warganegara Nepal telah dijatuhkan penjara 10 tahun dan tiga sebatan selepas didapati bersalah melakukan perbuatan liwat serta seks oral terhadap tahanan lain yang turut berada di dalam sel Penjara Sungai Buloh.

Hukuman tersebut telah dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen di sini pada hari ini terhadap tertuduh, Tira Ram Gmimire berusia 27 tahun selepas tertuduh telah membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang telah dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama yang dibuat keatasnya dia telah didakwa dengan sengaja telah melakukan persetubuhan di luar tabii iaitu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seorang tahanan lelaki yang berusia 24 tahun.

Perbuatan tersebut dikatakan telah dilakukan oleh tertuduh di bilik 57, Blok Damai, Penjara Sungai Buloh pada 9 November 2017 kira-kira pukul 10 malam hingga 12 tengah malam.

Manakala pertuduhan kedua yang dibuat ke atasnya adalah dia telah didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii iaitu dengan memasukkan zakarnya ke dalam mulut tahanan yang sama pada jam 12.05 tengah malam sehingga 1 pagi pada hari serta tempat yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan menyebabkan dia dia telah didakwa mengikut Seksyen 377C kanun keseksaan yang membolehkan dia dihukum penjara tidak kurang lima tahun serta tidak melebihi 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Prosiding tersebut telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Naliatul Huzaimi Ab Rasip manakala tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Malah tertuduh juga dikatakan berada di dalam rayuannya untuk memohon agar hukuman tersebut yang dikenakan ke atasnya dapat diringankan atas alasan dia telah pun menyesali perbuatan yang dilakukan olehnya.

walaubagaimanapun mahkamah tetap menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun  dan dua sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara 10 tahun serta satu sebatan bagi pertuduhan kedua.

Kedua-dua hukuman tersebut akan dijalankan secara serentak bermula 10 November 2017. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...