Keluarga Minta Identiti Rakyat Malaysia Dirahsiakan.


Kuala Lumpur - Kememterian Luar Negeri telah mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang dimaklumkan oleh pihak berkuasa Afghanistan yang ditemui maut di Kabul pada semalam.

Walaubagaimanapun, keluarga mangsa yang ditemui maut tersebut dikatakan telah memaklumkan kepada Wisma Putra untuk merahsiakan identiti mangsa yang mayatnya telah ditemui di Mussahi iaitu sekitar 33 kilometer dari selatan Kabul.

Mangsa dipercayai telah ditemui maut selepas dibunuh oleh kumpoulan pengganas dan militan negara berkenaan.

Untuk menghormati keluarga mangsa, pihak Wisma Putra tidak akan mendedahkan identiti mangsa yang dibunuh bersama dua lagi rakan sekerjanya yang berasal dari India dan Macedonia.

Bagaimanapun, majikan mangsa, Sodexo yang merupakan syarikat Perancis yang berpangkalan di Afghanistan telah pun memaklumkan perkara tersebut kepada anak beliau yang kini menetap di Filipina.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India, sedang bekerjasama rapat dengan majikan mangsa bagi menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.

Kementerian Luar Negeri, menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa atas pemergiannya.