Skip to main content

Kami Nak Masuk Kencing Pun Tak Boleh


Penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengamuk didepan perkarangan bangunan mahkamah Jalan Duta hari ini kerana tidak dibenarkan memasuki untuk mengikuti pendakwaan terhadap Najib.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Datuk Lokman Noor Adam berkata kawalan ketat didepan bangunan mahkamah membuatkan mereka terpaksa menahan untuk membuang air kecil.

“Kerajaan kuku besi Tun Mahathir buat kejutan, di mana hari ini perkarangan mahkamah jadi kawasan larangan untuk penyokong Datuk Seri Najib. kata Lokman

“Ini membuktikan kerajaan Pakatan Harapan semakin tergugat lakukan perkara tak masuk akal ini. Tidak benar rakyat biasa masuk mahkamah, ini kawasan awam, kami lihat hari ini mereka buat sekatan tidak benarkan masuk dari pintu pagar lagi.

“Kami nak masuk kencing pun tak boleh,” kata Lokman.

“Kami akan kemukakan kepada Suhakam kerana ia bertentangan dengan hak asasi manusia,” kata Lokman lagi.

Lokman yang juga presiden Pemantau Malaysia Baru berkata pihaknya akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) susulan halangan pihak berkuasa hari ini.

Ketibaan Najib di mahkamah Jalan Duta hari ini disambut hambar oleh penyokongnya iaitu kurang 30 orang, Selain Lokman, antara individu yang hadir ialah selebriti, Ellie Suriaty Omar dan Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia Datuk Rafi Awang Kechik.


Berbeza dengan jumlah kehadiran pada pendakwaan 4 Julai lalu, Lokman berkata kehadiran penyokong kurang disebabkan kelewatan pihaknya menerima maklumat lokasi Najib akan didakwa hari ini.

“Malam tadi baru kami tahu, jadi memang tak sempat nak buat panggilan, yang jauh itu mereka ada kekangan masa untuk datang dan susah nak buat permohonan cuti saat akhir,” katanya.

Tinjauan turut mendapati tidak ada pemimpin tertinggi Umno yang hadir sepertimana 4 Julai lalu, penyokong Najib, Abdul Rahman berkata kebanyakan pemimpin Umno berada di Parlimen.

Terdahulu Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi hadir di kompleks mahkamah di Jalan Duta, pagi tadi atas dakwaan kesalahan berhubung SRC International Sdn Bhd. mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Menurut laporan, bekas perdana menteri itu dijangka berdepan tiga tuduhan melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Akitivi Haram 2001. - Free Malaysia Today

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...