Powered by Blogger.

Monday, August 13, 2018

Gadis 11 Tahun Diratah Oleh Bapa Dan 3 Abang Durjana!!!


KENINGAU - Seorang bapa durjana berusia 52 tahun tergamak merogol anak perempuannya berusia 11 tahun sebagai tempat melepaskan nafsu.

Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak malang berkenaan turut menjadi mangsa kerakusan nafsu tiga abang kandungnya.

Lebih menyedihkan, perbuatan keji itu berlaku di rumah di kawasan hutan di Keningau dan ia beberapa kali berlaku sejak awal 2017 dan yang terakhir pada 4 Ogos lalu.

Perbuatan keji yang dilakukan oleh bapa dan tiga abang mangsa terbongkar selepas kanak-kanak itu menceritakan kejadian kepada kakaknya yang berusia 32 tahun pada Sabtu lalu.

Selepas mendengar kisah malang adiknya itu, kakak mangsa telah membuat laporan polis pada hari yang sama.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din ketika dihubungi Harian Metro, telah mengesahkan kejadian itu dan menerima laporan berhubung perkara itu.

"Berikutan laporan itu, polis menahan bapa mangsa berusia 52 tahun, pada hari sama laporan itu dibuat. Seterusnya, hasil soal siasat polis menahan dua lagi suspek yang juga abang kandung mangsa berusia 19 dan 23 tahun," katanya.

Datuk Ramli Din berkata, usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan seorang lagi abang mangsa untuk membantu siasatan.

Manakala tiga beranak yang sudah ditahan kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol. - Harian Metro