Skip to main content

Detik-detik Cemas Ketika Kapal Terbang AM2431 Terhempas Dan Terbakar


Durango , Mexico - Sebuah kapal terbang yang membawa muatan 97 penumpang serta empat anak kapal mengalami detik-detik mencemaskan apabila kapal tersebut telah terhempas sebelum terbakar.

Kejadian tersebut telah menyebabkan 18 orang mengalami kecederaan termasuklah dua orang kritikal, dua orang yang mengalami kecederaan kritikal tersebut adalah merupakan kapten kapal terbang tersebut Carlos Galvan Meyran, 38 tahun serta seorang remaja perempuan.

Detik-detik ketika pesawat kapal terbang AM2431 tersebut terhempas dan terbakar telah sempat dirakamkan oleh seorang remaja yang dikatakan pada mulanya sedang merakamkan kapal tersebut yang sedang turun dari landasan kerana dipercayai membatalkan penerbangan oleh kerana cuaca buruk.

Melalui video tersebut dapat dilihat kesemua penumpang yang berlari dalam ketakutan selepas sayap kapal terbang terbabit terbakar, para penumpang memeluk apa yang mereka dapat bawa dan berlari dalam penuh ketakutan.

Ketika kejadian yang dapat didengari hanya jeritan-jeritan para penumpang serta anak-anak kecil yang ketakutan, malah terdapat dua orang penumpang yang menjerit supaya pintu dibuka selepas asap memenuhi ruang kapal terbabit.

Kapal terbang tersebut dikatakan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Durango ke Mexico City sebelum ia terhempas di lapangan terbang di timur laut Mexico.

Menurut laporan awal, kapal terbang tersebut telah berlepas pada pukul 3.30 petang sebelum keadaan angin yang buruk menyebabkan kapal tersebut terpaksa membatalkan penerbangan tetapi telah terjatuh di hujung landasan dan menyebabkan sayap kiri kapal terbakar disebabkan cuaca yang buruk menyukarkannya untuk mendarat dengan baik.

Bagaimanapun jurucakap Aeromexico memuji para krew kapal yang cekap mengendalikan keadaan sehingga tiada nyawa yang terkorban setakat yang dilaporkan, malah syarikat terbabit juga mengatakan bahawa mereka akan menanggung segala perbelanjaan yang membabitkan kemalangan pesawat berkenaan.

Seorang penumpang, yang dikenal pasti sebagai Jackeline Flores, memberitahu pemberita bahawa dia dan anak perempuannya melarikan diri dari lubang di dalam pesawat ketika pesawat dipenuhi dengan asap dan api.

'Seorang gadis kecil yang meninggalkan pesawat itu menangis kerana kakinya dibakar,' kata Flores, yang mengatakan dia adalah orang Mexico tetapi tinggal di Bogota, Colombia.

Menurutnya lagi, pesawat itu nyaris meninggalkan tanah ketika hujan lebat tetapi penerbangan tersebut tibab-tiba dibatalkan kerana cuaca terlampau buruk sebelum terhempas dan terbakar.

"Saya berasa amat diberkati dan berterima kasih kepada tuhan walaupun pasport serta dokumen saya terbakar dalam kebakaran tersebut", kata Flores lagi.

Penumpang kapal terbang tersebut memberitahu bahawa mereka mendengar bunyi yang kuat apabila sayap kiri pesawat terbabas ke tanah, dan kedua-dua enjinnya terputus tetapi pesawat tetap tegak tidak terbalik.
Apa yang penting adalah tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan disebabkan kejadian terbabit, malah keadaan kapten kapal yang dikatakan kritikal juga telah stabil setelah doktor telah merawat lehernya yang tercedera.

Ketua Eksekutif Aeromexico, Andres Conesa menggambarkan hari itu sebagai hari yang 'sangat sukar' dan mengiktiraf reaksi tepat pada masanya para kru dan penumpang kerana kurangnya kematian.

Bagaimanapun Conesa memberitahu kapal terbang berkenaan telah pun dihantar untuk penyelenggaraan pada bulan Februari yang lalu serta para kru pun telah diberikan istirehat yang cukup sebelum pelepasan kapal berkenaan.

Punca kemalangan tersebut hanyalah disebabkan oleh cuaca buruk dengan angin ribut ketika itu yang menyebabkan kapal berkenaan terhempas dan terbakar. - Dailymail

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...