Powered by Blogger.

Tuesday, August 7, 2018

Bomoh Durjana!! Gadis Berusia 12 Tahun Menjadi Hamba Selama 15 Tahun.


Wanita yang diselamatkan dari terus dijadikan gundik jin selama 15 tahun telah menjadi hamba seks kepada lelaki yang mengaku dirinya seorang bomoh di wilayah Sulawesi Tengah.

Menurut Ketua Polis Sulawesi Tengah, Muhammad Iqbal Alqudusy berkata, mangsa yang dikenali sebagai Hasni ditemui di celah batu besar berhampiran rumah bomoh berkenaan.

Hasni dikurung bomoh terbabit sejak berusia 12 tahun dan hanya berjaya diselamatkan Ahad lalu ketika sudah mencecah usia 28 tahun.

Menurut Muhammad Iqbal, polis bertindak atas maklumat yang menemui Hasni di celah berbatu dalam hutan di perkampungan Bajugan, iaitu lokasi mangsa disembunyikan pada waktu siang sejak diculik pada tahun 2003.

Kata Muhammad Iqbal lagi, Hasni dikurung dalam pondok berhampiran rumah bomoh berusia 83 tahun itu pada waktu malam dan waktu siang Hasni akan diikat di celah batu.

“Kejadian ini bermula apabila bomoh itu menunjukkan sekeping foto budak lelaki dikenali sebagai Amrin kepada mangsa, yang disangkakan sebagai teman lelakinya.

“Mangsa diperdaya untuk mempercayai bahawa roh Amrin telah memasuki tubuh bomoh itu. Sangat jelas di sini bahawa lelaki tua itu hanya mahu memuaskan nafsunya sahaja,” kata Muhammad Iqbal.

Sebelum ini bomoh itu didakwa telah meculik seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dan disembunyikan di celah batu besar untuk dijadikan gundik jin selama 15 tahun.

Susulan penemuan mangsa culik berkenaan, pihak polis telah menangkap bomoh berkenaan, malah bomoh tersebut juga telah mengakui bahawa dia telah menculik wanita itu untuk tujuan di jadikan alat untuk memanggil dan menjadi gundik kepada jin.

kini bomoh tua itu kini didakwa mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara selama 15 tahun jika sabit kesalahan - Harian Metro