Skip to main content

Bapa Tetak Anak Berusia 5 Tahan Ketika Tidur.


KUALA LUMPUR - Seorang bapa sanggup bertindak kejam apabila menetak anak kandungnya berusia lima tahun yang sedang tidur dalam kejadian di sebuah Flat di Puchong Permai, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, suspek berusia 35 tahun dikatakan menetak tiga kali dibahagian kepala dan pergelangan tangan kanan anaknya itu sehingga maut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu selepas menerima maklumat mengatakan terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat flat tersebut.

Ujarnya, bagaimanapun, siasatan di lokasi mendapati kanak-kanak terbabit ditetak bapa kandungnya yang juga peminum tegar ketum.
 

"Bapa mangsa kemudian ditahan di lokasi kejadian dan ujian air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis syabu.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa hanya tinggal berdua bersama bapanya di rumah dan pemeriksaan lanjut turut menemukan parang di dalam kediaman itu," katanya, hari ini.

Tambah Azlin, hasil soal siasat ke atas suspek, lelaki terbabit mendakwa mendengar suara ghaib yang menyuruh membunuh anaknya.

Jelasnya, sebaik sahaja suspek menetak anaknya, kanak-kanak terbabit diletakkan di hadapan rumahnya manakala suspek mengurungkan diri dalam kediamannya.

"Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai kes lampau berkaitan dadah dan siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Setakat ini kes dianggap selesai," ujarny. - Utusan Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut